Khamis, 23 Jun 2011

Taman Rashidah Utama
Pertama kali kau ku cinta
Pertama kali ku di luka
Kini aku menjadi tanda
Sebuah kubur cinta

Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun sudah sekian lama
Hanyalah gelap gelita

Sebagai satu kenangan
Ku ciptakan satu taman
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta

Ku berpijak nyata di sini
Tak tercapai bintang di langit
Ku siramkan airmata
Pada darah cinta
Sebagai hiasan taman ini

Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta
Rashidah Utama
Sebuah kubur cinta

Biarkanlah aku di sini
Menjadi nisan cinta ini
Izikanlah aku mengenang
Dirimu oh! Sayang



Sejak dua menjak ni asyik dengar lagu ni jer. Bergenang air mata aku.. Rindu sangat dengan dia. Walau aku tahu memang tak kan mungkin dapat jumpa dengan dia lagi. Tapi tak tau sebab apa lately asyik dengar lagu ni jer. Mendayu jer suara Awie...

Kalau dulu, masa dia masih ada dan bila je dia dengar lagu ni dia mesti tersenyum. Lepas tu dia dengan seloroh mesti akan cakap "kenang lah daku dalam doa kalian.. aku izinkan diriku di kenang.. cuma jangan bersedih"

Masa dia merasakan akan meninggalkan kami semua.. dia ada bisikkan kepada aku yang dia mahu aku bahagia. Tapi aku cuma boleh bahagia dengan adanya dia di sisi. Perginya dia.. membawa sebahagian kebahagiaanku.

RASHIDAH MD DIN kau lah segalanya untuk ku.. Pergimu tiada gantinya... Biarkanlah aku di sini..Menjadi nisan cinta ini... Izikanlah aku mengenang...Dirimu oh! Sayang... Oh ibuku..

Semoga dirimu dikalangan jemaah insan yang bertaqwa dan beriman. Al-Fatihah .. Amin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates