Rabu, 13 Julai 2011

10 PERANGKAP SYAITAN YANG HARUS DI TANGKIS


Hari ni entri aku pasal syaitan. Al-maklumlah Ramadhan dah makin menghampiri, jadi elok la jugak aku letak entri pasai syaitan ni. Sekadar untuk sama-sama kita saling ingat mengingati satu sama lain mengenai janji syaitan ini.

Semua sedia maklum dan tahu Syaitan ni makhluk yang janjinya pada Allah akan menyesatkan kita semua ummat manusia. Jadinya, pelbagai cara dan kaedah yang syaitan ni guna untuk menyesatkan serta memesongkan akidah kita.

So, baca lah entri kat bawah ni. Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan serta sentiasa dilindungi daripada disesatkan oleh syaitan. Jadi, renung-renungkan.. selamat beramal ...

10 PERANGKAP SYAITAN YANG HARUS DI TANGKIS

ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering ” (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.”

(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.

Kesepuluh dan terakhir – melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Isnin, 4 Julai 2011

Tentang Floria 2011


Kehangatan Pesta Floria Putrajaya 2011 dah terasa. Terus terang. Aku tak pernah jejak kaki ke festival ni.. Walaupun rumah aku sewa tu bukan lah jauh sangat pun dengan Putrajaya ni...tambah pulak bukan sehari festival ni.. seminggu tu.. dan yang bestnye festival ni sejak 2007 tu... tapi serius bhai.. tak pernah pulak aku jejak kaki ke festival bunga - bunga ni.

Tahun 2011 ni tema Festival Floria ni - Roses Forever - Mawar Selamanya... So kepada yang minat dengan bunga Ros.. boleh la datang ke Festival ni.

Program ni mula pada 9 Julai 2011 sampai 17 Julai 2011. Datang lah ramai-ramai memeriahkan Festival Bunga-bunga ni. Sebelah malam boleh tengok fireworks.. bunga api.. comfirm meriah.. Patu ader bot berhias lagi.. so jangan lepaskan peluang..

Kawan-kawan yang suka ambik gambar.. Jemput la datang. Tambahkan koleksi korang. Mesti banyak benda yang korang nak ambik gambar..

Tahun ni secara tak langsung aku terlibat. So dengan automatiknya aku wajib ada dan menghadirkan diri di Festival ini. Pening kepala jugak la nak buat persiapan. Misi mencari dan membeli dah aku laksanakan minggu lepas. Serius, terkejut beb.. Bunga Mawar a.k.a Ros dah habis kat pasaran. Jenuh jugak la cari merata-rata. Maklumlah tema kali ni Mawar Selamanya.. so semua peserta mesti beli /guna bunga ros sebagai bahan hiasan dorang. Yang di import dari negara luar mcm siam ngan china.. dah habis. So aku berharap bunga dari cameroon highland je lah. tu pun yang size besar (bunga gred A) dah habis beb.. kalau ade pun sepokok dekat RM100.00. Terduduk aku dengar.. Cari punya cari.. dapat la jugak 300 nos pokok untuk aku guna sebagai hiasan. Tu pun "bunga ros kampung".. kampung pun kampung la.. janji kena tema nya..

Korang tau tak bunga ros kampung ni mcm mana? Alaaaa yang selalu kita tengok orang2 kampung tanam tu.. Bukan bertujuan komersial.. so bunga nya sedikit kecil dan warna pulak tak la menarik sangat. Susah nak dapat warna yang terang... nanti aku upload gambo bila aku dah ambik kat nurseri..

Alkisahnya baru nak bermula sebenarnya.. yang aku merepek-merepek kat atas tadi tu intro jer..
Jadinya... tunggu la episode ke seterusnya Tentang Floria ni.. sebab aku akan buat entry pasal floria ni sampai habis Festival ni.. so tungggguuuuuuuuuuuuu...

Fun Fact About The Statue of Liberty

Fun Facts About The Statue of Liberty

Statue of Liberty Fun FactsKorang comfirm penah dengar pasal Statue of Liberty ni kan. Dan comfirm jugak ade antara korang yang pernah melawat patung yang sangat besar ni. Hari ni 4 Julai 2011 – merupakan hari kemerdekaan bagi Amerika. So tetiba aku tergerak plak nak letak entry pasal patung ni. Aku google je.. mula-mula tu saje je nak tgk pasal sejarah tarikh ni.. last-last terjumpa pasal fakta menarik mengenai patung ni. So ape lagi.. jom kita baca.. untuk tambah ilmu.. ape salahnye...

Kat bawah ni senarai nye.. aku paste je.. korang baca je la. yer... tu pun kalau korang minat la pasal patung ni...:

Official dedication ceremonies held on Thursday, October 28, 1886

Total overall height from the base of the pedestal foundation to the tip of the torch is 305 feet, 6 inches

Height of the Statue from her heel to the top of her head is 111 feet, 6 inches

The face on the Statue of Liberty measures more than 8 feet tall

There are 154 steps from the pedestal to the head of the Statue of Liberty

A tablet held in her left hand measures 23' 7" tall and 13' 7" wide inscribed with the date JULY IV MDCCLXXVI (July 4, 1776)

The Statue has a 35-foot waistline

There are seven rays on her crown, one for each of the seven continents, each measuring up to 9 feet in length and weighing as much as 150 pounds

Total weight of the Statue of Liberty is 225 tons (or 450,000 pounds)

At the feet of the Statue lie broken shackles of oppression and tyranny

During the restoration completed in 1986, the new torch was carefully covered with thin sheets of 24k gold

The exterior copper covering of the Statue of Liberty is 3/32 of an inch thick (less than the thickness of two pennies) and the light green color (called a patina) is the result of natural weathering of the copper

Yang kat bawah ni pulak, ringkasan pasal Fourth of July.. kalau nak kita kira.. ari ni hari kemerdekaan dorang yang ke 235. Dah tua dah Negara Amerika ni rupenye kalau nak bandingkan dengan negara kita tanah tumpah darahku Malaysia yg tercinta. Aku letak entry ni bukan sebab aku agungkan pun Negara ni.. Cuma sesaje je.. kebetulan jer...ape pun layan jer laaa .. fakta ringkas yg aku google..

“Independence Day is annually celebrated on July 4 and is often known as "the Fourth of July". It is the anniversary of the publication of the declaration of independence from Great Britain in 1776. Patriotic displays and family events are organized throughout the United States. Many people display the American flag on their homes. The celebrations have deep roots in the American tradition of political freedom".

So sama je la dengan aktiviti-aktiviti yang kita rakyat Malaysia buat.. kibarkan Jalur Gemilang..

Rabu, 29 Jun 2011

Peristiwa Isra dan Mi'raj

Assalamualaikum pembuka bicara.. Hari ini 29 Jun 2011 bersamaa 27 Rejab 1432 merupakan hari Isra dan Mi'raj. Aku pinjam post-post yang aku baca dalam internet mengenai peristiwa ni. Semoga hikmah disebalik peristiwa ini memberikan kita keinsafan.. Jadi.. sama-sama lah kita baca article yg aku pinjam and tampal kat sini..

Hikmah disebalik :Peristiwa Isra dan Mi’raj

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq’. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra’ berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).

2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Isra' adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. dari masjid Al Haram yang terletak di kota Makkah ke masjid Al Aqsha yang terletak di Palestine. Sedang mi'raj adalah perjalanan Nabi Muhammad saw. dari masjid Al Aqsha yang terletak di planet bumi menuju Mustawan, melalui tujuh planet atau dengan kata lain, mi'raj adalah perjalanan inter planet. Jadi "isra'" dan "mi'raj" adalah dua peristiwa yang disebutkan oleh Al Qur'an dalam dua surat yang berbeda. Isra' disebutkan dalam surat Isra' ayat 1:

بِسْــمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ .
سُبْحَانَ الَّذِيْ أَسْـرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْــجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْـجِدِ الأَقْصى الَّــذِيْ بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
.

"Dengan nama Allah Yang Maha Luas belas-Nya lagi Maha Kekal kecitaan-Nya. Maha Suci Dzat yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada waktu sebagian dari malam hari dari masjid Al Haram ke masjid Al Aqsha yang telah Kami beri berkah sekelilingnya agar Kami dapat menunjukkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Peristiwa mi'raj disebutkan dalam surat An Najmu ayat 13 - 18:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى. عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى. عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى. إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى. مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى. لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّــــــهِ الْكُبْرَى .

"Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (Yaitu) di Sidratil Muhtaha. Di dekatnya ada sorga tempat tinggal. (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar".

Hal ini memberi pengajaran kepada kita, bahwa manusia selaku makhluk harus mengadakan hubungan atau komunikasi yang baik dengan sesama makhluk Allah di muka bumi; sedang sebagai hamba Allah, manusia wajib melakukan hubungan yang baik dengan Allah swt. yang telah menciptakannya dan telah menganugerahinya berbagai macam keni'matan yang diperlukannya selama hidupnya di dunia. Hubungan baik dengan sesama makhluk dan dengan Sang Pencipta akan membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa yang menjadi faktor penentu bagi kebahagiaan hidup yang sejati, baik di dunia maupun di akhirat.



Template by:

Free Blog Templates