Rabu, 13 Julai 2011

Fadhilat @ Kelebihan Solat Sunat Tarawih


Ramadhan Al-Mubarak makin menghampiri. Tak lama dah.. hujung bulan Julai ni jer.. Jadi suka jer aku nak post entri ni. Untuk mengingatkan diri aku sendiri. Semoga ibadah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu. Banyak kelebihan Ramadhan. Bulan yang penuh rahmah dari Allah kepada kita hambaNya. Semoga aku tergolong dalam golongan hambaNya yang dirahmati. Amin.

Sini aku cut and paste jer fadhilat solat tarawikh. So sama-sama la kita yer.. renung-renungkan.. selamat beramal.

Fadhilat @ Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Malam pertama (1)
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembayang tarawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Malam kedua (2)
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya

Malam ketiga (3)
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.

Malam Keempat (4)
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.

Malam Kelima (5)
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam (6)
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh (7)
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan (8)
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan (9)
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Kesepuluh (10)
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas (11)
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam keduabelas (12)
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketigabelas (13)
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam keempatbelas (14)
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelimabelas (15)
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam keenambelas (16)
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ketujuhbelas (17)
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam kelapanbelas (18)
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam kesembilanbelas (19)
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam kedua puluh (20)
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam kedua puluh satu (21)
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam kedua puluh dua (22)
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam kedua puluh tiga (23)
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam kedua puluh empat (24)
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam kedua puluh lima (25)
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam kedua puluh enam (26)
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam kedua puluh tujuh (27)
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam kedua puluh lapan (28)
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam kedua puluh Sembilan (29)
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh (30)
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates