Kehangatan Pesta Floria Putrajaya 2011 dah terasa. Terus terang. Aku tak pernah jejak kaki ke festival ni.. Walaupun rumah aku sewa tu bukan lah jauh sangat pun dengan Putrajaya ni...tambah pulak bukan sehari festival ni.. seminggu tu.. dan yang bestnye festival ni sejak 2007 tu... tapi serius bhai.. tak pernah pulak aku jejak kaki ke festival bunga - bunga ni.
Tahun 2011 ni tema Festival Floria ni - Roses Forever - Mawar Selamanya... So kepada yang minat dengan bunga Ros.. boleh la datang ke Festival ni.
Program ni mula pada 9 Julai 2011 sampai 17 Julai 2011. Datang lah ramai-ramai memeriahkan Festival Bunga-bunga ni. Sebelah malam boleh tengok fireworks.. bunga api.. comfirm meriah.. Patu ader bot berhias lagi.. so jangan lepaskan peluang..
Kawan-kawan yang suka ambik gambar.. Jemput la datang. Tambahkan koleksi korang. Mesti banyak benda yang korang nak ambik gambar..
Tahun ni secara tak langsung aku terlibat. So dengan automatiknya aku wajib ada dan menghadirkan diri di Festival ini. Pening kepala jugak la nak buat persiapan. Misi mencari dan membeli dah aku laksanakan minggu lepas. Serius, terkejut beb.. Bunga Mawar a.k.a Ros dah habis kat pasaran. Jenuh jugak la cari merata-rata. Maklumlah tema kali ni Mawar Selamanya.. so semua peserta mesti beli /guna bunga ros sebagai bahan hiasan dorang. Yang di import dari negara luar mcm siam ngan china.. dah habis. So aku berharap bunga dari cameroon highland je lah. tu pun yang size besar (bunga gred A) dah habis beb.. kalau ade pun sepokok dekat RM100.00. Terduduk aku dengar.. Cari punya cari.. dapat la jugak 300 nos pokok untuk aku guna sebagai hiasan. Tu pun "bunga ros kampung".. kampung pun kampung la.. janji kena tema nya..
Korang tau tak bunga ros kampung ni mcm mana? Alaaaa yang selalu kita tengok orang2 kampung tanam tu.. Bukan bertujuan komersial.. so bunga nya sedikit kecil dan warna pulak tak la menarik sangat. Susah nak dapat warna yang terang... nanti aku upload gambo bila aku dah ambik kat nurseri..
Alkisahnya baru nak bermula sebenarnya.. yang aku merepek-merepek kat atas tadi tu intro jer..
Jadinya... tunggu la episode ke seterusnya Tentang Floria ni.. sebab aku akan buat entry pasal floria ni sampai habis Festival ni.. so tungggguuuuuuuuuuuuu...
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan