Jumaat, 11 Disember 2009

Terkenang Suatu Masa Dahulu

"RAMA-RAMA"

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,

TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,

CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,

POM! POM! JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,

RAMA-RAMA TERBANG MERATA,

HISAP MADU DI POHON BUNGA

SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,

TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,

BEGITULAH HIDUP MANUSIA,

PADA ALLAH KITA BERDOA,

AGAR JADI INSAN MULIA,

TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

Kenangan bergambar bersama Normaliza jiran masa kat kampung dulu. Teka yang mana satu aku? Mesti ramai yang agak, budak yg comel dan montel berbaju gaun coklat tu aku.. jawaban nya SALAH... Aku?? budak perempuan yang pakai suit biru tu. Gaya boyish sket.. Tapi sebenarnya baju gaun coklat tu mak aku yang jahit untuk aku. Disebabkan time tu aku tengah merajuk, jadinya mak aku acah-acah la nak kasi kat Normaliza ni. Tapi hakikatnye gaun tu aku yang punya..Tapi best la Normaliza dapat rasmi baju aku tuh. Gambar ni diambil di depan rumah nenek aku.. Tempat aku dilahirkan. Aku dilahirkan kat rumah je.. Sebab mak aku tak sempat nak gi hospital. Maklumla.. time ni tak de siapa-siapa pun yang ada kereta dalam family kami... Sudahnya.. aku dilahirkan di rumah No262 Blok 2A ni...


Lagu Rama-Rama ni pun ada jugak nostalgianya.. Dulu masa adik bongsu aku tadika kat Masjid Jamek Sungai Gelugor Pulau Pinang tahun 1993, dia belajar lagu ni. Setiap hari kalau dia balik sekolah, dia mesti nyanyi lagu ni, siap ngan gaya-gaya sekali... "Iwan, hang ingat dak, lagu ni?"..... Kakak akan ingat sampai bila-bila....




0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates