Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Ulang tahun kelahiran ke 29. Tarikh 05 May 2009 masa ni aku tak tahu lagi nak buat blog. Kek tu dihadiahkan oleh Adilah Arma dan di buat khas oleh Zarina Ali. Adik-adik yang tetap kekal dalam ingatan. Surprise sangat. Diusia akhir 20an masih ada yang sudi menyambut ulang tahun kelahiran. Kalian membuat aku bahagia walau seketika. Terima kasih yang tak terhingga.
Lagu Imran Ajmain ni pulak tetiba berkumandang. Sayu je. Terus je Zarina tutup sebab malam tu kita semua bukan nak sedih2. Aku pulak memang terasa sedikit sayu. Selalunya mak akan call ucap Happy Birthday. Tapi tahun ni dia tiada. Dan...5 hari dari tarikh hari lahir aku, tanggal 10 May, ulang tahun kelahiran Mak ke 49.. 3 hari dari selepas itu, tanggal 13 May 2009 genap setahun kepergian Mak..... I Miss You so much.. Al-Fatihah..
0 ulasan:
Catat Ulasan