Sabtu, 12 Disember 2009

6 Biru Dalam Kenangan


Ceritera Sejarah mengenai Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Relau, Pulau Pinang. Tarikh sekolah ini dibuka ialah Januari 1883. Sekarang usianya telah menjangkau 123 tahun. Bangunan asalnya ialah bangunan papan berbumbungkan atap dan berlantaikan simen. Tempatnya di Pekan Relau 8 batu dari Bandaraya Pulau Pinang. Sekolah ini telah didirikan semasa penjajahan ... See MoreInggeris lagi. Semasa didirikan, sekolah ini mempunyai seramai 97 orang murid dan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Guru Besarnya yang ulung ialah Encik Darus bin Abdul Rahman. Dari tahun 1883 sehingga 1935, jumlah murid mulai meningkat iaitu seramai 206 orang murid. Sehingga sekarang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 18 orang. Bangunan asal sekolah ini telah tiada lagi.

Pada tahun 1927 tapaknya telah dipindahkan ke tempat sekarang iaitu digantikan dengan bangunan baru berhampiran pekan Sungai Ara. Pada tahun 1952 didirikan pula sebuah bangunan baru kerana bilangan murid-murid semakin bertambah. Pada tahun 1966 sebuah lagi bangunan papan ditambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1971 sebuah bangunan dua tingkat ... See Moredidirikan yang mana boleh menampung 8 buah bilik darjah. Manakala bangunan yang didirikan pada tahun 1927 dan 1952 dirobohkan kerana tiada kawasan. Bangunan yang didirikan tahun 1971 dinamakan blok ‘A’.

Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 8 buah bilik darjah didirikan dan dinamakan blok ‘B’. Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah kelas didirikan dan dinamakan pula blok “C”.


Tapi sekarang sekolah ni dah maju. Cantik dan moden.

Aku sekolah di sini dari darjah 5 hingga darjah 6 je. Masa darjah 5 aku dimasukkan ke 5 Hijau. Lepas peperiksaan akhir tahun, aku di masukkan ke darjah 6 Biru. Kelas ni kelas A.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates