Khamis, 17 Disember 2009

Doa Akhir & Awal Tahun



Doa Akhir & Awal Tahun

DOA Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Berikut ialah doa akhir tahun:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharam
Berikut adalah Doa Awal Tahun:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, sedia ada, tiada permulaan.
Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada-Mu agar terpelihara di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Aku juga bermohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada-Mu akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia, Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Amin…..



C.I.N.T.A


Aku Cinta Kamu

당신을 사랑합니다 (Korean)

ฉัน รัก คุณ (Thai)

Ich liebe dich (German)

Mahal kita (Filipino)

愛しています (Japanese)

Eu te amo (Portugese)

मैं आपसे प्यार करता (Hindi)

Te Quiero (Spanish)



Rabu, 16 Disember 2009

Happy 10th Birthday Haifa




This special
Birthday greeting
Is being sent your way,
With may happy wishes
For a truly perfect day.

Happy Birthday

*
Here’s hoping that
Your birthday
Will very quickly bring,
All you really do deserve
The best of everything
.
Happy Birthday

*

This special
Birthday greeting
Is being sent your way,
With many happy wishes
For a truly perfect day

Happy Birthday

*


30 RAHSIA WANITA LELAKI PERLU TAHU


  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

  1. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

  1. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

  1. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

  1. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

  1. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

  1. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

  1. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

  1. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

  1. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

  1. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

  1. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

  1. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

  1. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

  1. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

  1. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

  1. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

  1. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

  1. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

  1. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

  1. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

  1. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

  1. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

  1. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

  1. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

  1. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

  1. Senjata wanita adalah airmata!!

  1. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

  1. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

  1. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Through Love



Through Love all that is bitter will be sweet

Through Love all that is Copper will be Gold.

Through Love all Dregs will turn to Purest Drink

Through Love all Pain will turn to Medicine.

Through Love the Dead will all become Alive.

Through Love the King will turn into a Slave!




Isnin, 14 Disember 2009

Gurindam Seloka


LELAKI

Kau pedulikan dia,

Dia ckp kau tak bagi kebebasan,

Kau tak peduli,

Dia ckp kau tak prihatin...


Kau reject,

Dia ckp kau jual mahal,

Kau terima,

Dia tak pedulikan kau...


Dia tak dpt kejar kau,

Dia kejar kwn kau,

Dia dpt kau,

Dia kejar org lain lagi...


Dia kuar ngan pompuan lain,

Dia cakap kawan,

Kau kuar ngan lelaki,

Dia ckp kau curang...


Kau bgi diri kau,

Dia ckp kau jenis murahan,

Kau tak bagi,

Dia ckp kau tak syg dia...


Kau merokok,

Dia ckp kau pompuan liar,

Dia merokok,

Dia ckp dia lelaki..


Kau pakai mekap lawa,

Dia ckp kau nk tarik perhatian jantan,

Kau tak reti mekap,

Dia ckp Kau tak reti bergaya...


Kau guna duit,

Dia ckp kau boros,

Dia guna duit,

Dia cakap utk msa depan...


KALAU LELAKI BACA NI..,

DIA CAKAP SEMUA NI SALAH,

KALO KAU TAK BAGI BACA,

DIA CAKAP KAU KEDEKUT..

Template by:

Free Blog Templates