Sebuah nasyid dari kumpulan Hijjaz.. Lagu yg pengertiannya untuk seorang sahabat. Namun pada aku.. ianya ditujukan kepada Arwah Ibuku yang telah "pergi". Sebab, hubungan aku ngan arwah mak.. macam Sahabat karib. Semua masalah dia.. aku tahu.. dan masalah aku.. dia tahu.. Seolahnya.. tiada rahsia antara kami..
Walaupun dia seorang ibu.. dia tidak terasa rendah hati atau malu untuk meminta maaf daripada aku seorang anak, andai dia tersalah kata, perbuatan... itu membuatkan kami lebih rapat.. Dari dia sihat.. sampai dia terlantar di katil hospital... layanan dia terhadap aku sama. Walau seperit mana kesakitan yang dia tanggung, tetap cuba senyum untuk aku. Berikan semangat untuk aku terus berbakti kepada dia.
Makin lama jurang waktu kepergian dia.. makin sayu.. makin rindu terhadap dia. Walaupun kepergian dia tidak aku iringi dengan airmata.. tapi tangisan di dalam hati.. cuma Allah yg Maha Mengetahui...
Coretan dalam blog ini cuma sekadar menzahirkan perasaan rindu aku yang tak berkesudahan.. Missing You with all my heart....
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan